Sunday, October 28, 2012

Kandungan Nutrisi dalam Daging Arnab























Ini adalah laporan dari Permulab Sdn Bhd mengenai kandungan nutrisi dalam daging arnab.

Monday, October 22, 2012

Menghadiri Kursus Pembuatan Daging Burger

Pada 22 October 2012, saya telah mengikuti kursus teknikal pembuatan daging burger yang dianjurkan oleh pihak MARDI. Pada hari tersebut saya telah mempelajari bahan-bahan, teknik serta alat-alatan yang hendak digunakan semasa memproses daging burger.

Alhamdulillah, kursus telah berakhir dengan jayanya. Di sini saya sertakan salinan sijil kursus tersebut.

Senarai Peserta :

  • En.Ahmad Zaki Yamani
  • En.Che Mohd Syazwan
  • En.Fadli Shah
  • En. Mejar (B) Mohammad Nor
  • En. Mohammad Helmi
  • En.Mohd Hazri
  • Pn.Nik Sutiwahyu
  • En.Ong Tse Han
  • En.Rosromaizi
  • En.Shamsul Azidin
  • En.Shamsul Azri
  • Pn.Suriati

Tuesday, June 19, 2012

Backyard Breeding

Tujuan :
  • Membantu peserta menambah pendapatan sampingan.
  • Menggalakkan dan memperkembangkan industri penternakan arnab pedaging.
  • Mewujudkan satu rangkaian penternak arnab pedaging secara kecil-kecilan.
Keperluan Utama :
  • 1 ekor Penjantan
  • 5 ekor Induk Betina
  • Bangsal
  • 6 bilik sangkar
  • Bekas makanan
  • Water Nipple
  • Water Tank
Keperluan Asas :
  • Multi-Vitamin
  • Nop-Stress (Red)
  • EM Bokashi
  • Pallet Makanan
Hasil Ternakan :
  • Hasil ternakan boleh dijual balik kepada kami dengan harga RM15 sekilo ( Karkas ), manakala RM6 sekilo bagi yang hidup.
Syarat-syarat :
  • Penternak boleh mencari pelanggan sendiri bagi menjual hasil ternakan mereka. Namun penternak masih boleh menjual hasil ternakan kepada kami sekiranya penternak tidak dapat menjual hasil ternakan mereka.
  • Penternak perlu membeli kesemua kelengkapan yang disenaraikan daripada kami. Kami akan menyediakan dan membantu penternak.
Contoh Backyard Breeding concept.



## Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih,

Yang Ikhlas,

Mohd Zulfadzly Bin Mohd Tumari

Wednesday, October 27, 2010

Trend Pasaran

Di sini saya ingin berkongsi maklumat mengenai pasaran arnab buat masa ini. Dari tinjauan dan penilaian saya, pasaran arnab buat masa ini lebih tertumpu kepada negeri kelantan. Kebanyakannya memerlukan baka dari arnab pedaging. Terutamanya baka Flemish Giant. Ada juga diantara mereka yang ingin menternak secara komersial mencari baka pedaging yang boleh mencecah 6kg pada usia 7-8 bulan. Buat masa ini, mereka masih belum dapat mencari induk yang telah mencecah berat 6kg.

Selain itu, permintaan untuk baka flemish giant juga agak menjadi perhatian para penternak dan individu yang berada si sebelah utara. Rata-rata penternak disebelah utara tidak mempunyai baka flemish giant tersebut. Terdapat juga diantara para penternak utara mendapatkan baka flemish giant tersebut di sebelah selangor dan lembah kelang.

Thursday, September 23, 2010

PROMOSI JUALAN MURAH

Saya hendak menjual baka pedaging dengan harga yang murah, terdapat pelbagai jenis arnab pedaging untuk dijual.
  • Terdapat Baka New Zealand White, Flemish Giant dan Chinchilla
  • Harga bergantung pada umur.
  • 1) Umur 1.5 bulan = RM70.00
  • 2) Umur 2.0 bulan = RM90.00
  • 3) Umur 4.0 bulan = RM180.00
Karkas arnab : RM30/kg

Tawaran ini hanya sehingga akhir tahun 2010 ini sahaja.

CEPAT!CEPAT! SELAGI STOK MASIH ADA.

Monday, September 13, 2010

KEHANCURAN

Pada ketika kita berseronok menyambut hari raya. Tanpa diduga betapa gembiranya si anjing-anjing liar di kawasan perumahan ku ini melapah 2 ekor arnab milik kesayangan aku. Seekor yang menunggu hari untuk melahirkan anak ( Flemish Giant ) telah dilarikan oleh anjing ini pada malam hari raya kedua. Tanpa diduga, seekor lagi satu-satunya arnab penjantan ( Anggora ) telah dilarikan anjing-anjing ini juga. Kini, hanya tinggal kenangan sahaja.

Pada ketika itu, aku tiada di rumah kerana aku pulang ke kampung halaman. Balik sahaja dari kampung dengan harapan untuk melihat anak-anak arnab yang bakal dilahirkan hancur berkecai dan berderai..

Sehingga ke hari ini, aku masih menanti kehadiran anjing-anjing itu. Aku rasa nak tibai jer dengan kayu. Geram-geram..

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab