Tuesday, March 6, 2012

Penggunaan Air Kencing Arnab

DAHSYATNYA  URIN  KELINCI

( HASIL  LITBANG  PRESTASI  INDONESIA)


Unit Penelitian dan pengembangan Prestasi Indonesia  selama tiga tahun , telah menunjukkan yang signifikan dalam pemanfaatan urine  kelinci
Tahukah, bahwa urine (air kencing) kelinci mempunyai kedahsyatan dalam tanaman. Pengalaman Prestasi Indonesia dalam mengembangkan kegunaan urine kelinci untuk tanaman adalah :
Tanaman padi diberikan urin kelinci yang diberi bakteri (menbuat bakteri sendiri) dapat meningkatkan hasil produktif  padi yang tinggi dan  tanaman tahan terhadap   serangan  hama dan penyakit.
Produk  dari hasil  tanaman padi ini dapat meningkat lebih dari 20 % dari biasanya, bahkan dalam penanaman sama sekali tidak menggunakan pupuk kimia maupun pengobatan dengan kimia, murni mengandalkan air kencing kelinci.
Kualitas beras lebih bersih, lebih putih, lebih empuk dan bila dikonsumsi cenderung rasa kita lebih awet  kenyang, serta  terasa  fit dalam badan.
Memang proses  penanaman membutuhkan kreatifitas dalam  menciptakan bakteri. karena tanaman padi dalam hidupnya membutuhumbuhan, bakteri  akar akar saat  proses perenakan (biar anakan banyak) dan bakteri  batang (saat pertumbuhan biar tidak ambruk saat keluar padi yang banyak) dan bakteri buah untuk menumbuhkan malay padi yang panjang.
Kemudian untuk menanggulangi hama dan penyakit diberikan bakteri sesuai dengan umur tanaman dan hama atau penyakit yang sering datang.

Selamat mencoba, berkreatif  bersama Prestasi Indonesia

Padi dengan menggunakan air kencing kelinci
Panen padi dengan sistem ani anai

Sunday, February 26, 2012

Kursus Penyembelihan Halal

Alhamdullillah, pada 20 dan 21 february 2012 saya telah mengikuti kursus penyembelihan halal dengan HS Nada Sdn Bhd dengan kerjasama oleh JAIS dan JPV, Selangor. Segala perkara yang berkaitan dengan penyembelihan halal telah diterangkan dengan jelas pada kursus tersebut.

Terdapat 4 Rukun Penyembelihan :-
  1. Orang yang menyembelih
  2. Haiwan yang disembelih
  3. Alat penyembelihan
  4. Bahagian Anggota yang menyembelih
Syarat sah sembelihan :-
  1. Orang yang beragama islam
  2. Niat sembelihan kerana Allah Taala
  3. Haiwan yang masih hidup
  4. Tidak melakukan penyembelihan selain kerana Allah.
Perkara Sunat sembelihan :-
  1. Membaca bismillah atau menyebut salah satu dari nama-nama Allah
  2. Menghadapkan haiwan tersebut ke arah Kiblat
  3. Membaca salawat ke atas Nabi
  4. Menajamkan Pisau
  5. Haiwan dibaringkan di atas rusuk kiri
  6. Melakukan penyembelihan dengan segera
  7. Memutuskan dua uat salur darah kiri dan kanan
  8. Bersih dan suci dari hadas besar dan kecil.
Perkara Makhruh sembelihan :-
  1. Sembelihan dilakukan oleh orang perempuan
  2. Menggunakan pisau yang tumpul
  3. Mengasah alat penyembelihan di hadapan haiwan
  4. Menyembelih sehingga putus kepala
  5. Tidak mencuci pisau yang digunakan
Maksud sembelihan :-
  • Bahasa : Potong, Belah dan mencabut nyawa binatang.
  • Syarak : Dgn alat yang tajam selain KUKU, GIGI dan TULANG.
  • Hukum sembelihan adalah wajib supaya binatang itu HALAL dimakan.
  • Manakala binatang yang tidak disembelih adalah dianggap najis dan bangkai.
  • Ikan sunat disembelih di bahagian ekor.
  • Haiwan laut dan belalang sekiranya mati bukanlah dianggap bangkai.
Antara Binatang yang Haram :-
  1. Babi dan keturunannya
  2. Anjing dan keturunannya
  3. Haiwan halal yang tidak disembelih
  4. Haiwan bertaring
  5. Burung bercakar ( Helang ,Burung Hantu )

Sunday, February 12, 2012

Satay Arnab

Ini adalah percubaan membuat dan membakar satay arnab.

1 kg daging arnab = 40 to 50 cucuk satay dengan purata berat secucuk adalah 20gram.

InsyaAllah, rasa rempah yang lengkap menyedapkan lagi keenakan satay arnab ini. Dengan teknik pembakaran satay yang betul boleh menjaga rasa rempah-rempahnya.







Wednesday, January 18, 2012

Burger Arnab

Pada 19/1/2012, saya sudah mendapat sample burger arnab dari seorang pengusaha membuat burger di Puchong, Selangor. Terdapat sample 4 keping daging burger arnab. Tak sabar rasanya nak merasai sendiri daging burger arnab tue. InsyaAllah, malam nie nak try masak dan rasa. Nanti saya akan update gambar daging burger tersebut.

Kini, saya sedang berusaha untuk membuat dan mengedar daging arnab, satay arnab serta burger arnab di seluruh lembah kelang. InsyaAllah dengan berkat usaha yang berterusan saya akan dapat menjadi seorang pengedar yang berjaya. Amin.

Kini juga saya sedang berfikir apakah jenama yang bersesuaian dengan produk saya ini. InsyaAllah apabila semuanya sudah selesai saya akan war-warkan di Blog ini.





Sunday, January 15, 2012

Pembinaan Sangkar dan Bangsal

Kini, pengubahsuaian dan menaik taraf bangsal dan sangkar sudah selesai. Akhirnya, arnab-arnab ini mendapat rumah yang baru, bersih dan selesa. Pembinaan stand sangkar menggunakan material powder coating angle "L". InsyaAllah material ini dapat menahan daripada karat.

Kini, saya mempunyai lebih dari 10 ekor induk. Oleh kerana kawasan yang tidak mencukupi maka saya tidak dapat memperkembangkan dan memperbesarkan ternakan arnab saya. Kini, saya sedang giat berusaha untuk mendapatkan pinjaman bagi memperbesarkan ternakan arnab secara komersial. InsyaAllah dengan berkat usaha yang berterusan, saya akan dapat melaksanakannya dengan baik.

Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab