Thursday, December 31, 2009

Perancangan memiliki penternakan ikan air tawar


Inilah pemandangan yang dapat kita lihat mengenai tapak projek tersebut. Penuh dengan kelengkapan dan insfrastruktur yang lengkap.
1) Terdapat 6 kolam sedia ada - 40' x 30' x 5'
2) Terdapat sebuah bangsal
3) Terdapat sebuah rumah yang mempunyai 2 bilik
4) Berpagar
5) Mempunyai saliran air bukit
6) Mempunyai bekalan elektrik
7) Mempunyai jalan masuk
Keluasan tanah adalah 2 ekar, tetapi cuma digunakan lebih kurang 1/4 sahaja. Sewa tanah seluas 2 ekar adalah RM250 sebulan dipajak selama 5 tahun ++. Harganya adalah RM45 k....

Wednesday, December 16, 2009

Mengenai Arnab

1.  Arnab tidak boleh muntah atau memuntahkan- jadi berpuasa sebelum apa apa rawatan adalah tidak perlu
2.  Arnab tidak berpeluh
3.  Arnab mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga
4.  Arnab tidak dapat bertahan dalam cuaca panas, tetapi boleh bertahan dalam cuaca sejuk
5. Arnab mempunyai 28 batang gigi
6. Terdapat 43 jenis arnab yang diluluskan oleh ARBA
7.  Arnab mempunyai 18 jari kaki dan kuku - 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan
8.  Terdapat 5 warna mata yang dilulusakan oleh ARBA - Pink ( Bukan ruby atau red), Marble, Blue,Blue-  Grey and Brown
9.  Mana diantara berikut lahir pada tahun Arnab ? Albert Einstein, Angelina Jolie, Brad Pitt , Bob Hope - kesemua mereka lahir pada Tahun Arnab
10.  1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987 , 1999 adalah tahun arnab , tahun arnab yang berikut adalah pada tahun 2011
11.  Arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh
12.  Telinga arnab terpanjang dimiliki oleh American Rabbit, Nipperâ¿¿s Geronimo dengan ukuran 31.125 inci panjang
13.  Umur anab yang tertua direkodkan adalah 19tahun pada masa ia mati
14.  Arnab terbesar adalah seberat 26 pounds
15.  Jumlah anak yang dilahirkan oleh arnab paling banyak direkodkan pada tahun 1978 dan 1999 iaitu sebanyak 24 ekor
16.  Terdapat 150 jenis warna arnab- selamat megumpul warna adik adik
17.  Arnab dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya
18.  Arnab tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya
19.  Arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi boleh menampung janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama
20.  Arnab hanya menyusukan anak sekali sehari dan ini dilakukan hanya apabila arnab merasa selamat untuk masuk kedalam sarangnya.

Tuesday, December 15, 2009

Penyakit-penyakit arnab

Bisul


Penyebab : terjadinya pengumpulan darah kotor di bawah kulit.

Pengendalian : pembedahan dan pengeluaran darah kotor dan diberi Jodium.



Kudis

Penyebab : Darcoptes scabiei.

Gejala : ditandai dengan jangkitan di tubuh.

Pengendalian : dengan menyapu ubat antibiotik.



Eksim

Penyebab : kotoran yang menempel di kulit.

Pengendalian : menggunakan ubat sapu/bedak Salicyl.



Penyakit telinga

Penyebab : kutu.

Pengendalian : menitiskan minyak tumbuh-tumbuhan.



Penyakit kulit kepala

Penyebab : kulat.

Gejala : timbul semacam sisik pada kepala.

Pengendalian : dengan serbuk belerang.



Penyakit mata

Penyebab : bakteria dan debu.

Gejala : mata basah dan berair.

Pengendalian : dengan menyapu ubat mata.



Mastitis

Penyebab : susu yang keluar sedikit/tak dapat keluar.

Gejala : puting mengeras dan panas bila dipegang.

Pengendalian : dengan tidak menyusu anak terlalu kerap.



Kesejukan

Penyebab : virus.

Gejala : hidung berair.

Pengendalian : semburkan antiseptik pada hidung.



Radang paru-paru

Penyebab : bakteria Pasteurella multocida.

Gejala : sesak nafas, mata dan telinga kebiruan.

Pengendalian : diberi minum Sul-Q-nox.



Berak darah

Penyebab : protozoa Eimeira.

Gejala : nafsu makan hilang, tubuh kurus, perut membesar dan berak darah.

Pengendalian : diberi minum sulfaquinxalin dos 12 ml dalam 1 liter air.

Umumnya, hama pada arnab merupakan pemangsa dari arnab seperti anjing.
Pada umumnya pencegahan dan pengendalian hama dan penyakit dilakukan dengan menjaga kebersihan pada kandang, pemberian makanan yang sesuai dan memenuhi gizi dan mengasingkan segera arnab yang telah dijangkiti penyakit di tempat pengasingan yang jauh dari kandang.

Rabbit Health Log

This is an example of rabbit health log for recorded .


Rabbit Milk Formula

- 1 can of sweetened condensed milk or fresh goat's milk (don't use cow's milk)
- 3 tablespoons heavy cream
- 3 tablespoons Karo corn syrup
- 1 egg yolk
- Combine ingredients in a plastic bowl. Warm in microwave and heat mixture until it's slightly above room temperature. Test it by putting a few drops of the formula on your wrist first because you don't want to accidentally scald the babies.

Pembelian Arnab

Alhamdullillah, hari nie semua anak arnab sudah habis dijual....

Harga setiap seekor anak arnab saya jual cuma rm15.00.

Sunday, December 6, 2009

Lawatan ke arnab farm

Pada hari ini, saya telah pergi melihat sendiri bagaimana keadaan dan situasi penternakan arnab yang sebenar. Untuk melawat ke tapak penternakan akan dikenakan RM5 seorang.

Setelah masuk, terdapat pelbagai haiwan lain yang diternak di tapak penternakan. Diantaranya adalah, Kambing, Kuda, Angsa, kura-kura dan juga arnab sebagai penternakan utama.

Pada mulanya, saya berfikir hanya dua kandang arnab sahaja yang ada. Tetapi setelah berjalan di sekitar kawasan ternakan, didapati terdapat lebih dari 10 buah kandang yang menempatkan arnab-arnab yang diternak. Terdapat banyak yang sedang melahirkan anak.

Memang mengagumkan saya pada ketika itu. Kebanyakan arnab yang diternak adalah baka import daripada Holand, Australia dan banyak lagi.

Yang menariknya, pelawat dapat membawa anak-anak mereka untuk bermain-main dengan arnab yang diternak.

Di antara produk yang dihasilkan adalah :
1) Satay Arnab
2) Daging arnab salai
3) Sosej Arnab
4) Daging Arnab

Harga bagi 1kg arnab adalah RM38.00.

Sekiranya pelawat hendak membeli baka arnab, harganya adalah diantara RM300 ke RM500 sepasang.

Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab