Wednesday, October 27, 2010

Trend Pasaran

Di sini saya ingin berkongsi maklumat mengenai pasaran arnab buat masa ini. Dari tinjauan dan penilaian saya, pasaran arnab buat masa ini lebih tertumpu kepada negeri kelantan. Kebanyakannya memerlukan baka dari arnab pedaging. Terutamanya baka Flemish Giant. Ada juga diantara mereka yang ingin menternak secara komersial mencari baka pedaging yang boleh mencecah 6kg pada usia 7-8 bulan. Buat masa ini, mereka masih belum dapat mencari induk yang telah mencecah berat 6kg.

Selain itu, permintaan untuk baka flemish giant juga agak menjadi perhatian para penternak dan individu yang berada si sebelah utara. Rata-rata penternak disebelah utara tidak mempunyai baka flemish giant tersebut. Terdapat juga diantara para penternak utara mendapatkan baka flemish giant tersebut di sebelah selangor dan lembah kelang.

Thursday, September 23, 2010

PROMOSI JUALAN MURAH

Saya hendak menjual baka pedaging dengan harga yang murah, terdapat pelbagai jenis arnab pedaging untuk dijual.
  • Terdapat Baka New Zealand White, Flemish Giant dan Chinchilla
  • Harga bergantung pada umur.
  • 1) Umur 1.5 bulan = RM70.00
  • 2) Umur 2.0 bulan = RM90.00
  • 3) Umur 4.0 bulan = RM180.00
Karkas arnab : RM30/kg

Tawaran ini hanya sehingga akhir tahun 2010 ini sahaja.

CEPAT!CEPAT! SELAGI STOK MASIH ADA.

Monday, September 13, 2010

KEHANCURAN

Pada ketika kita berseronok menyambut hari raya. Tanpa diduga betapa gembiranya si anjing-anjing liar di kawasan perumahan ku ini melapah 2 ekor arnab milik kesayangan aku. Seekor yang menunggu hari untuk melahirkan anak ( Flemish Giant ) telah dilarikan oleh anjing ini pada malam hari raya kedua. Tanpa diduga, seekor lagi satu-satunya arnab penjantan ( Anggora ) telah dilarikan anjing-anjing ini juga. Kini, hanya tinggal kenangan sahaja.

Pada ketika itu, aku tiada di rumah kerana aku pulang ke kampung halaman. Balik sahaja dari kampung dengan harapan untuk melihat anak-anak arnab yang bakal dilahirkan hancur berkecai dan berderai..

Sehingga ke hari ini, aku masih menanti kehadiran anjing-anjing itu. Aku rasa nak tibai jer dengan kayu. Geram-geram..

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Friday, August 20, 2010

Promosi Hari raya

Anak arnab umur 1.5 bulan untuk dijual..

Promosi :

1) Seekor anak arnab baka kampung : RM25 seekor

2) Package : RM 150
     - Sepasang anak arnab
     - Cage 2'
     - Tempat makanan dan minumam
     - pallet 3kg

Tuesday, July 20, 2010

Kelahiran yang pertama bagi Induk New Zealand White

Kelahiran yang pertama bagi Induk New Zealand White. Pada hari pertama kelahiran terdapat 3 ekor anak. Tetapi malangnya pada hari kedua, sekor anaknya telah mati akibat lemas dalam takungan air minuman.

Baka : New Zealand White ( Induk ) + Chinchilla ( Penjantan )
Anak : 2 ekor
Tarikh lahir : 17 Julai 2010




Ini Ibu kepada anak-anak tersebut. Telah di asingkan dengan anaknya kerana masih tidak pandai menjaga anaknya. Anak tidak menyusu.









Ini ibu tumpang kepada anak arnab tersebut. Ini adalah induk yang paling tua iaitu berumur 3.5 tahun. Saya bagi jadi ibu tumpang kerana haritu kesemua anak yang dilahirkannya telah mati. Oleh kerana si ibu ini pandai menjaga anak, jadi saya biarkan si ibu ini menjaga anak-anak arnab NZW tersebut.

Monday, July 19, 2010

Kelahiran yang pertama

Ini adalah kelahiran yang pertama bagi induk yang berumur 7 bulan. Alhamdullillah kesemua anaknya hidup. Si induk ini penyayang dan manja. Tak garang macam induk yang lain. 

Baka : Mixed California + Kampung
Anak : 8 ekor
Tarikh lahir : 16 Julai 2010
Tarikh boleh dijual : 26 August 2010




Sunday, July 4, 2010

Kelahiran yang mengecewakan

Pagi tadi saya pergi tgk samaada arnab pedaging saya telah melahirkan anak. Tetapi alangkah terkejutnya saya apabila saya melihat anak-anak arnab baka flemish giant itu telah mati 2 ekor. Di mana keempat2 kakinya telah dimakan oleh maknya.. Kini tinggal 3 ekor. Tetapi saya begitu sedih apabila ketiga0tiga ekor anaknya itu sama keadaan seperti yang telah mati itu. Di mana keempat-empat kakinya telah kudung... Aduhai... Tak tau nak buat mcm maner.. Entah basih boleh bertahan ataupun tidak untuk ia hidup dengan sihat.

Nukilan yang begitu menyedihkan hati..

Berharap anaknya yang akan datang akan sihat hendaknya..

Amin...

Sunday, June 27, 2010

PENCARIAN

Akhirnya saya telah mendapatkan tapak utk saya kembangkan penternakan arnab ini. Saya bercadang untuk tanam pokok napier, ubi kayu, ubi keledek dan sebagainya. Ini adalah bertujuan utk mengurangkan kos makanan yang semangkin meningkat. Saya juga bercadang utk membuat bangsal bagi menempatkan tahi arnab untuk dijadikan baja kompos. Saya berharap usaha saya ini akan berjaya dengan jayanya.

Lokasi : Beranang , Selangor Darul Ehsan , Malaysia
Keluasan : 1/4 ekar
Kemudahan :  1)   Pagar dan Stor sudah tersedia ada
                      2)   Bekalan air sudah ada
                      3)   Berdekatan dengan jalan utama

Perancangan projek akan dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Monday, May 31, 2010

Induk Baka Pedaging

Pada 30 Mei 2010, saya telah membeli induk dan penjantan baka pedaging. Perbezaan induk pedaging dan induk kampung memang banyak perbezaan terutama dari segi pertambahan berat badan. Di sini saya sertakan senarai perbezaan diantara kedua-dua induk ini :
  1. Kadar tumbesaran : 2 kali ganda dari induk kampung
  2. Berat hidup : 2kg pada umur 2 bulan
Baka pedaging yg saya beli :
  1. Induk : New Zealand White , Flemish Giant , Chinchilla
  2. Penjantan : Chinchilla        

Thursday, May 13, 2010

Produk Arnab

Saya boleh bagi tawaran yang terbaik untuk anda.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya untuk maklumat lanjut.

Monday, May 10, 2010

Perancangan akan datang

Sekarang saya bercadang untuk menternak arnab baka pedaging pula bagi menambahkan koleksi dan menambah sumber pendapatan melalui produk daripada daging arnab.

Dengan adanya arnab pedaging ini, saya bercadang untuk menghasilkan satay daging, daging arnab sejuk beku, dan bermacam-macam lagi. Saya juga akan menjadikan pengeluar daging arnab di area Selangor ini. Selain daging, saya juga bercadang untuk menjadi pembekal kepada baja kompos tahi arnab, induk dan penjantan arnab pedaging dan juga menjual anak yang berumur 2 bulan bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam penternakan arnab pedaging.

Buat masa ini, saya sedang berusaha untuk mencari tapak penternakan yang sesuai untuk projek penternakan arnab pedaging dan hias.

Di sini saya sertakan senarai harga :

1) Induk arnab pedaging ( berumur 7 bulan dan ke atas ) = RM 250
2) Penjantan arnab pedaging ( berumur 7 bulan dan ke atas ) = RM 250
3) Anak arnab pedaging ( berumur 2 bulan ) = RM 150
4) Anak arnab pedaging ( putus susu ) = RM 70
5) Karkas = RM38/kg
6) Daging arnab = RM45/kg
7) Satay arnab =  RM 2.00/cucuk

Harga ini bergantung kepada kuantiti. Sekiranya ingin membeli banyak harga boleh dikurangkan lagi.

Monday, April 19, 2010

Perkembangan terbaru

Saya telah mendapatkan 3ekor induk dan seekor penjantan baka kampung dari abang saya. Ini adalah kerana dia tidak ada masa untuk menjaga arnab-arnab ini. InsyaAllah saya akan meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran arnab baka kampung. Sekarang saya telah mempunyai 11 ekor induk baka kampung, 1 ekor penjantan mixed anggora, 1 ekor penjantan mixed california dan 1 ekor induk baka lion head. Kini kesemua induk-induk ini di dalam proses pembiakan.

Induk paling tua adalah berumur 3 tahun. Alhamdullilah sepanjang tempoh ini, arnab ini tidak pernah mengalami sebarang penyakit. Saya tidak pernah beri ia makan apa2 ubat ataupun vitamin. Saya cuma berikan dia makan pallet dan sayur-sayuran sahaja. 

Saya berharap hasil usaha saya ini untuk memperkembangkan industri penternakan arnab secara komersial akan berjalan dengan lancar dan akan memberikan hasil yang memuaskan. Saya begitu mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti saya dalam proses memperkembangkan ekonomi keluarga dan juga ekonomi negara ini. InsayaAllah. 

Saturday, April 3, 2010

Arnab untuk dijual

Kesemua anak-anak arnab nie telah dijual..

Pembeli : En Ameer dari Seri Kembangan...
Pekerjaan : Kontractor TNB



Wednesday, March 3, 2010

Rabbit picture collection

Here is the picture collection about rabbit. I got this picture from many site and blog. So here i want to share with you all.

 

Tuesday, March 2, 2010

Perkembangan anak-anak arnab

Nie anak arnab induk C . Umur anak-anak arnab nie dah 2 minggu. Induk C telah melahirkan sebanyak 6 ekor anak. Namun pada 01/03/2010, seekor anaknya telah mati. So sekarang tinggallah 5 ekor sahaja.





Nie anak arnab induk B. Umur anak-anak nie lebih 3 hari dari anak-anak Induk C. Induk B telah melahirkan sebanyak 5 ekor anak.

Wednesday, February 24, 2010

Pemakanan Arnab

Arnab peliharaan amat memerlukan penjagaan dan pembekalan makanan yang secukupnya daripada penternak. Penternak disarankan agar tidak memberikan sisa-sisa makanan kepada ternakannya, seperti makanan2 yang telah basi dan sebagainya.

Dalam penternakan secara intensif, makanan pellet merupakan makanan utama yang diberikan. Makanan berbentuk hijau hanya diberikan mengikut keperluan sahaja. Makanan hijau adalah seperti rumput, sayur2an atau daun2. Selain itu, ia juga boleh diberikan makanan tambahan seperti konsentrat, rumput kering(hay) dan biji-bijian.

a) Pallet
Ia berbentuk pellet atau untilan keras yang mempunyai garis pusat 4 mm dan panjang 2 ke 3 cm. Mengandungi segala zat untuk pertumbuhan arnab sekurang2nya pada kuantiti minimum. Bagi induk betina dewasa, jumlah diperlukan adalah 120 g/hari/ekor, penjantan dewasa 60 g/hari/ekor, manakala bagi anak arnab sebanyak 50 ke 100 g/hari/ekor.
Terdapat pelbagai jenama, diantaranya adalah Benggy, FFM, Cap Bendera dan banyak lagi. Kebanyakannya penternak arnab secara komersial akan mencampurkan makanan arnab dengan makanan kambing daripada keluaran FFM.

b) Sumber tumbuhan-tumbuhan hijau
Penternak di kalangan tradisional banyak mengamalkan kaedah ini. Sumber makanan hijau yang diberikan adalah rumput2, sisa2 sayuran (kangkung, sawi, lobak, daun tembikai, biji sawi, kubis, daun ubi kayu), dedaun seperti daun kembang sepatu, sesbania, kacang panjang, daun keledek, daun kacang tanah, daun dan batang jagung, daun betik, daun talas dan sebagainya.

Makanan tersebut tidak boleh diberikan dalam bentuk segar (selepas dipetik daripada pokok), sebaliknya perlu dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya. Proses melayukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kandungan serat malah dapat menghilangkan getah atau racun yang boleh menyebabkan arnab mengalami kekejangan atau cirit-birit.

Seekor arnab memerlukan 1 kg sumber makanan hijau yang diperolehi daripada sisa sayuran atau dedaun. Arnab pedaging secara genetiknya mempunyai saiz yang besar dan mampu menghabiskan sehingga 1.5 kg makanan setiap hari. Ini berikutan dengan kandungan air yang terkandung adalah 90% dan ia terlalu besar berbanding dengan sumber nutrien yang amat diperlukan oleh arnab.

Pemberian sayuran seperti kubis atau sisa sayuran yang berlebihan akan melawaskan air kencing arnab yang akan menyebabkan kekotoran dan bau yang kuat di kawasan penternakan. Keadaan ini akan menyebabkan serangan hama dan penyakit lebih mudah berlaku. Air kencing arnab mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi (sesuai untuk dibuat baja tetapi perlu dicampur dengan air). Kandungan nitrogen yang diuraikan oleh bakteria akan meningkatkan kandungan gas ammonia yang berbau busuk di sekitar sangkar.

Dalam penternakan secara intensif, sumber makanan pellet yang diperlukan ialah 60 ke 80% dan selebihnya adalah bahan konsentrat dan bahan hijau.

c) Rumput-rumput kering atau rami ( Hay )
Rumput kering atau rami (hay) merupakan rumput awetan yang dipotong menjelang musim berbunga. Rumput ini dikeringkan secara bertahap sehingga kandungan gizinya tidak rosak, sekaligus dapat meningkatkan jumlah kandungan seratnya.

Antara rumput kering ini adalah rumput gajah, pucuk tebu atau rumput di padang yang dipotong semasa menjelang musim berbunga. Antara faktor yang menyebabkan arnab menggemari makanan ini kerana ia mempunyai rasa yang manis serta kandungan serat yang tinggi. Daun2 jenis kekacang yang dilayukan dan dikeringkan seperti hay juga amat disukai arnab. Makanan ini amat sesuai ketika musim panas dan kering berpanjangan dan ia dapat mengatasi masalah cirit-birit dengan menghentikan pemberian makanan utamanya iaitu pellet.

d) Biji-bijian
Berfungsi sebagai sumber makanan yang dapat meningkatkan daya ketahanan arnab. Amat diperlukan oleh arnab yang bunting dan yang sedang menyusukan anaknya. Antaranya adalah jagung, padi, gandum, bijan, kacang soya, kacang tanah dan kacang hijau.

Biji-bijian ini tidak boleh diberikan secara terus kepada arnab, ia perlu ditumbuk atau digiling terlebih dahulu. Sukatan yang diberikan adalah 200 ke 300 gram sehari. Untuk penjimatan kos, ia boleh diselang-selikan dengan makanan utama, hampas kelapa, hampas tauhu atau hampas kacang soya.

Menurut pengalaman beberapa penternak, berat arnab yang berumur 4 bulan hanya mencapai 1.5 kg sekiranya makanannya hanya berupa sumber hijau semata-mata, sebaliknya jika dicampur dengan sumber ini, beratnya mampu mencapai sehingga 4 kg. Pemerhatian ini dilakukan ke atas baka New Zealand White, Californian dan beberapa baka arnab pedaging yang lain.

e) Jenis Ubi-ubian
Antaranya adalah keledek, ubi kayu, ubi kentang dan makanan umbi yang lain. Untuk umbi ubi kayu, ianya perlu direbus terlebih dahulu atau dikeringkan sebelum diberikan untuk menghilangkan getahnya. Ubi kayu yang telah dikering perlu ditumbuk sebelum diberikan.

f) Konsentrat
Makanan ini diberikan adalah untuk meningkatkan sumber nutrien makanan dan ia juga dapat mempermudahkan penyediaan makanan. Ia berfungsi sebagai makanan tambahan dan meningkatkan daya ketahanan haiwan. Antara makanan konsentrat tersebut adalah bran, hampas kelapa, hampas kacang tanah, hampas tauhu, hampas ubi kayu dan sebagainya.

Makanan yang seimbang
Jumlah makanan dalam komposisi yang seimbang amat penting bagi penternakan arnab. Sumber-sumber karbohidrat, protein, garam mineral, vitamin dan air perlu seimbang bergantung kepada umur, tujuan pengeluaran serta kadar pertumbuhan.
Bagi seekor arnab dewasa, ia memerlukan sebanyak 120 hingga 189 gram konsentrat setiap hari, manakala bagi arnab yang sedang bunting atau menyusukan anak, keperluannya menjangkau pertambahan sebanyak 25 hingga 50%.
Pemberian konsentrat juga dipengaruhi umur dan berat arnab, iaitu; bagi arnab muda yang berumur 2 hingga 5 bulan dengan berat dianggarkan 2 hingga 4kg, memerlukan 180 hingga 200 gram konsentrat sehari. Manakala, bagi seekor arnab dewasa dengan berat 5kg, memerlukan sebanyak 160 hingga 180 gram sehari dan bagi yang sedang bunting atau menyusukan anak memerlukan 200 hingga 250 gram konsentrat sehari.

Komposisi Makanan Arnab

Bagi :
Arnab pejantan yang aktif mengawan, induk betina yang bunting dan menyusukan anak, anak-anak yang dalam tempoh pembesaran:
Protein - 14 ke 18% : Lemak - 3 ke 6% : Serat - 15 ke 20% : Abu - 5 ke 6%

Induk betina yang kering, arnab pejantan yang tidak aktif, anak arnab yang mula dewasa:
Protein - 12 ke 14% : Lemak - 2 ke 4% : Serat - 20 ke 28% : Abu - 5 ke 6%

Friday, February 19, 2010

Kelahiran baru



















Kelahiran pada 18/02/2010. Jumlah anak yang dilahirkan adalah sebanyak 6 ekor. Berharap kesemua anak-anaknya dapat dijaga dengan rapi dan membesar dengan sihat.

























Kelahiran pada 17/02/2010. Melahirkan sebanyak 6 ekor anak arnab yang comel. Berharap anak-anak arnab ini akan dijaga dengan rapi dan membesar dengan sihat.

Sunday, January 31, 2010

Daging burung puyuh segar

epada sesiapa yang hendak membeli daging burung puyuh bolehlah menghubungi saya.

Harga ;
1) Gred A : RM 33.00 ( 10 ekor )
2) Gred B : RM 23.00 ( 10 ekor )

Harga lebih dari 10kg dan lebih :
1) Gred A : RM 30.00
2) Gred B : RM 20.00

Daging Rusa

epada sesiapa yang teringin untuk makan daging rusa, saya boleh dapatkan untuk anda dengan harga yang berpatutan. Rusa-rusa ini bukan yang diternak di Malaysia, tetapi rusa liar yang terdapat di Australia. Rasalah kenikmatan daging rusa ini. Memang lain dari makan daging rusa yang diternak.

Harga :
1) RM 35 - Gred A
2) RM 27 - Gred B

Harga bagi 10kg dan lebih :
1) RM30 - Gred A
2) RM 25 - Gred B

Wednesday, January 27, 2010

Pakej Memiliki Arnab Sebagai Haiwan kesayangan


Kini kami tawarkan pakej menarik untuk anda miliki arnab terus dari pusat ternak kami.

Hadiahkan untuk anak anda atau sesiapa saja dengan sepasang arnab yang comel ini.

1) Sepasang arnab
2) Sangkar
3) Pallet 3 kg

Harga untuk bayar dan bawa sahaja.

Terdapat pelbagai warna yang menarik untuk pilihan ( akan dihantar melalui email ) Penghantaran seluruh Malaysia, minima tempahan 5 set. Kos tambahan untuk pengangkutan bergantung kepada jarak.

** Harga mengikut jenis baka yang di pilih **

Dimana anda boleh memiliki pakej ini?

Pilihlah lokasi yang berhampiran tempat anda. Hubungi salah SATU team kami berikut:-

1.[PERAK,Md Ruzanil Bin Md Karim,
   [http://arnab-manja.blogspot.com/]

2.[PAHANG, Panching Utara] Asniza Abu Bakar
   [http://minibunnyfarm.blogspot.com/]

3.[MELAKA, Bukit Baru] Rosahairil Tan b. Roslan Tan
   [http://newhillz-rarebits.blogspot.com/]

4.[JOHOR,Simpang Rengam Fakhruddin
   [http://www.cdfarmville.blogspot.com/]

5.[SELANGOR, Mohd Zulfadzly Bin Mohd Tumari
   [http://rabbitsworlds.blogspot.com/]

Wednesday, January 20, 2010

Rabbit Breeding Cage - New Design

I will upload new design of rabbit cage soon.

Schedule : Publish new cage design on 07/02/2010 ( I hope u all can wait for new design of cage )

Thanks you...

Tuesday, January 19, 2010

Pakej penternakan arnab secara sambilan

1) Arnab betina umur 2 bulan = 5 ekor
2) Arnab jantan umur 2 bulan = 1 ekor
3) Pallet makanan = 25 kg
4) Sangkar /  Pembinaan reban = Bergantung kepada permintaan dan harga pasaran

** Baka adalah dari jenis kampung, mixed anggora, mixed lion head , mixed california

Tempahan perlu dilakukan dengan lebih awal bagi mengelakkan penghabisan stok...

Sila kliks link di bawah untuk download borang pesanan.. Terima kasih
http://www.ziddu.com/download/8240006/ORDERFORM.JPG.html

Wednesday, January 13, 2010

Maklumat tentang arnab

Setelah beberapa minggu saya mengkaji tentang pasaran arnab nie. Rata-rata penternak kecil-kecilan saya tanya mereka akan menjawab " Sudah habis dibeli dan ditempah ". Ermm setakat nie susah betul nak dapatkan anak arnab dengan harga yang murah. Pantang lambat, habis di kebas orang..

Dari sini, saya dapat simpulkan bahawa trend pasaran arnab pada masa nie begitu berkembang dengan majunya. Tetapi lebih kepada haiwan peliharaan. Namun begitu, terdapat segelintir pihak yang sedang bergiat maju memperkenalkan arnab sebagai pengganti kepada lembu, kambing dan ayam. InsyaAllah dengan mendapat kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan. Pasaran daging arnab nie akan mendapat sambutan yang hangat bukan sahaja di Malaysia, malah di pasaran antarabangsa juga.

Kepada penternak-penternak arnab samaada secara kecil-kecilan ataupun komersial, marilah kita berusaha menggiatkan pasaran arnab di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Tuesday, January 12, 2010

Perancangan Projek

Pembuatan Reban Bertingkat
- Sekarang nie dah hampir 50% complete buat reban 3 tingkat..
- Idea nie dapat dari rakan-rakan punya Blog .
- Material yang saya gunakan kayu....( Budget Mahal sikit nak banding guna Besi )
- Nanti kalau dah siap sepenuhnya saya akan ambil gambar dan publish kat sini.
- Target siap reban nie pada 17/01/2010...

Pembiakan Baka
- Baka Lion Head
- Baka Lop Ear
- Baka Anggora
- Baka California
- Baka Local
- Baka New Zealand White
- Baka English Anggora

Baka Sedia Ada
- Sepasang Baka Mixed Anggora
- Seekor jantan Baka Mixed Lion Head
- Seekor betina Baka Mixed Rex
- 4 ekor betina Baka Local
- Seekor Jantan Baka Local

Tragedi Malam Isnin

Pada 11/01/2010 jam 3.20am, aku terdengar bunyi salakan anjing. Aku bangun dan melihat keadaan di sekitar rumah aku. Aku dapati terdapat beberapa ekor anjing liar sedang menyerang arnab aku yang berada di dalam reban. Aku terus bergegas turun untuk menghalau anjing tersebut daripada menyerang arnab aku. Di dapati terdapat 5 ekor anjing liar sedang berada di bawah reban aku. Setelah di halau untuk pertama kali, kesemua anjing-anjing itu lari. Dan selepas 30min kemudian anjing-anjing itu datang lagi untuk menyerang.

Kali ini, aku tak biarkan ia. Aku baling kayu ke arah anjing itu, dan tekena salah seekor kepala anjing itu. Lantas dengan serta-merta anjing itu lari lintang pukang. Pada keesokan paginya sebelum pergi kerja, aku melihat anak arnab aku. Didapati jari kaki dua ekor anak arnab aku putus kena gigit dengan anjing. Kesian aku tgk, sampai bengkak kaki dia. Petang tue aku pergi beli minyak gamat untuk disapu pada luka anak arnab.

Geram sangat aku rasa kat anjing-anjing liar tue...

Monday, January 4, 2010

Sepasang Arnab Comel

Pada 01/01/2010, saya telah membeli sepasang arnab yang comel. Baka arnab nie tak pastilah.... Beli dengan harga yang berpatutan iaitu RM 70 seekor. Usia arnab nie baru 1 1/2 bulan. Dengan gabungan warna putih dan bertompok hitam membuatkan aku tertarik nak beli arnab nie. Dengan bulunya yang cantik serta matanya yang cantik. Saya berharap dapat membiakkannya dengan sempurna...

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki arnab seperti saya nie bolehlah menghubungi saya ataupun komen di blog saya nie. Dengan secepat mungkin saya akan balas komen daripada anda semua. InsyaAllah.






Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab