Wednesday, March 7, 2018

Update 2018

Assallammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lama dah tak update blog nie setelah menguruskan Facebook account.

Apa perkembangan pada tahun 2018?
1) Kami telah menutup kandang yang berada di Semenyih, Selangor.
    - Hampir 200 ekor arnab telah di jual dengan harga timbang kilo.

2) Permintaan burger arnab alhamdullillah mendapat sambutan..cuma tiada bekalan daging arnab.

3) Kini, kami sudah tidak menternak arnab pedaging kerana tiada kawasan yang sesuai. Perancangannya hanya menjadi orang tengah sahaja buat masa nie. Tapi insyaAllah pada tahun 2020 saya akan mula kembali setelah semuanya stabil dan mempunyai kembali modal.

4) Kami kini cuba menceburi bidang lain. Udang Lobster air tawar dan Ikan Ketutu. Baru jer start pada bulan February 2018. Masih lagi dalam tempoh percubaan.

Pada penggemar daging arnab, anda masih boleh menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan. InsyaAllah saya akan bantu.

Sekian sahaja buat masa nie.. Semoga saya ada masa lagi untuk memberikan update terkini.

Wassallam.

Yang Ikhlas,
Mohd Zulfadzly

1 comment:

Mr Rasid said...

sayang... tetapi saya rasa penternakan arnab tida memerlukan belanja besar memandangkan jumlah pekerja tidak perlu ramai dan arnab makan semua jenis sayuran dan rumput...

Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab