KESIHATAN

Asas Kesihatan
  • Susun atur dan kedudukan kandang yang bersesuaian
  1. Tidak terlalu berangin
  2. Pengudaraan yang baik
  3. Jauh dari kawasan yang banyak nyamuk
  4. Mempraktikkan sistem biosekuriti yang ketat
  • Tata kerja yang teratur
  1. Aktiviti harian seperti cucian dan membersihkan kandang perlulah dilakukan pada waktu yang sama setiap hari.
  2. Jadual pemberian makanan adalah tetap setiap masa
  3. Jika mempunyai gangguan bunyi atau melakukan program kesihatan, anti stress perlulah diberikan.
  • Pemakanan yang berkualiti
  1. Nilai makanan mestilah memenuhi keperluan harian arnab berdasarkan kepada keperluan seperti tumbesaran, buting,menyusukan anak dan baka.
  2. Jenis dan nilai makanan mestilah tetap sepanjang masa.
  3. Perubahan pada jenis makanan akan menyebabkan stress pada arnab.
  • Program kesihatan yang berjadual
  1. Pemberian ubat cacing di dalam makanan selama 3 hingga 6 bulan sekali kepada baka-baka arnab.
  2. Semburan "Insecticide" pada sangkar dan kandang setiap 3 bulan sekali - gunakan Amitraz.
  3. Semburan Disinfectant - Omnicide sebulan sekali pada sangkar dan kandang.
  • Kenalpasti penyakit dan rawatan segera
  1. Penyakit Pernafasan
  • Kebanyakan bermula dari keadaan stress. Antara punca stress terjadi : Hujan yang lebat berterusan, Panas yang melampau, bunyi yang kuat secara tiba-tiba dan sbgnya.
  • Sistem imun jatuh mendadak.
  • Bakteria penyakit seperti pasteurella mula berganda.
  • Arnab mati dengan segera jika lambat dirawat.
      2.  Cirit-birit
  • Berpunca dari pelbagai penyebab seperti makanan yang rosak, jangkitan coccidia dan jangkitan bakteria.
  • Boleh jadi dalam bentuk cair hingga berair.
  • Berwarna coklat muda hingga kehitaman.
  • Kadang-kadang mempunyai darah.
  • Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan menyebabkan kematian.
       3.  Kurap - Mites
  • Berpunca daripada sentuhan dengan arnab yang terjangkit atau dari sentuhan tangan atau bahan yang dicemari oleh hama.
  • Tanda-tanda seperti bulu gugur, terbentuk kelemumur hingga kulit menebal. Ini semua bergantung kepada jenis jangkitan.
       4.  Jangkitan Mata
  • Berpunca dari jangkitan bakterian atau akibat dari tusukan bulu mata yang berlebihan.
  • Mata boleh menjadi merah.
  • Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa kepada buta.
       5.  Sore Hock
  • Berpunca dari sentuhan pada permukaan yang kasar pada tempoh yang lama.
  • Permukaan kulit kaki tersagat secara perlahan-lahan.

Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab