Makanan

Terdapat pelbagai jenis palet makanan bagi arnab. Antara jenama yang sering diperkatakan oleh para penternak arnab adalah :-
  1. FFM
  2. Gold Coin
  3. Carghill
  4. Bengy 6088
  5. Cap Bendera
Kebanyakan para penternak komersial akan menggunakan campuran Carghill dengan FFM ( Pallet Kambing ). Ini adalah kerana para penternak hendak mengurangkan kos makanan yang sekarang ini telah semakin meningkat harganya.

Tetapi, bagi para penternak yang menjadikan arnab sebagai hobi peliharaan mereka. Mereka akan menggunakan palet makanan yang mengandungi lebih tinggi proteinnya seperti FFM dan Gold Coin. FFM dan Gold Coin mempunyai kandungan Crude Protein sebanyak 17%. Selain daripada palet, mereka juga memberikan arnab-arnab mereka memakan Rumput kering. Antaranya adalah Alfalfa Hay dan Timonthy Hay. Ini adalah kerana  mereka hendak memberikan lebih banyak protein kepada arnab peliharaan mereka. Ini akan menjadikan arnab mereka lebih cantik dan berkualiti.

Sejak bulan 10,2013 harga makanan arnab semakin meningkat sedikit demi sedikit. Namun penternak arnab terpaksa juga membeli dan menggunakannya untuk memberi arnab mereka makan.

Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab