Tuesday, December 15, 2009

Penyakit-penyakit arnab

Bisul


Penyebab : terjadinya pengumpulan darah kotor di bawah kulit.

Pengendalian : pembedahan dan pengeluaran darah kotor dan diberi Jodium.



Kudis

Penyebab : Darcoptes scabiei.

Gejala : ditandai dengan jangkitan di tubuh.

Pengendalian : dengan menyapu ubat antibiotik.



Eksim

Penyebab : kotoran yang menempel di kulit.

Pengendalian : menggunakan ubat sapu/bedak Salicyl.



Penyakit telinga

Penyebab : kutu.

Pengendalian : menitiskan minyak tumbuh-tumbuhan.



Penyakit kulit kepala

Penyebab : kulat.

Gejala : timbul semacam sisik pada kepala.

Pengendalian : dengan serbuk belerang.



Penyakit mata

Penyebab : bakteria dan debu.

Gejala : mata basah dan berair.

Pengendalian : dengan menyapu ubat mata.



Mastitis

Penyebab : susu yang keluar sedikit/tak dapat keluar.

Gejala : puting mengeras dan panas bila dipegang.

Pengendalian : dengan tidak menyusu anak terlalu kerap.



Kesejukan

Penyebab : virus.

Gejala : hidung berair.

Pengendalian : semburkan antiseptik pada hidung.



Radang paru-paru

Penyebab : bakteria Pasteurella multocida.

Gejala : sesak nafas, mata dan telinga kebiruan.

Pengendalian : diberi minum Sul-Q-nox.



Berak darah

Penyebab : protozoa Eimeira.

Gejala : nafsu makan hilang, tubuh kurus, perut membesar dan berak darah.

Pengendalian : diberi minum sulfaquinxalin dos 12 ml dalam 1 liter air.

Umumnya, hama pada arnab merupakan pemangsa dari arnab seperti anjing.
Pada umumnya pencegahan dan pengendalian hama dan penyakit dilakukan dengan menjaga kebersihan pada kandang, pemberian makanan yang sesuai dan memenuhi gizi dan mengasingkan segera arnab yang telah dijangkiti penyakit di tempat pengasingan yang jauh dari kandang.

Rabbit Health Log

This is an example of rabbit health log for recorded .


Rabbit Milk Formula

- 1 can of sweetened condensed milk or fresh goat's milk (don't use cow's milk)
- 3 tablespoons heavy cream
- 3 tablespoons Karo corn syrup
- 1 egg yolk
- Combine ingredients in a plastic bowl. Warm in microwave and heat mixture until it's slightly above room temperature. Test it by putting a few drops of the formula on your wrist first because you don't want to accidentally scald the babies.

Pembelian Arnab

Alhamdullillah, hari nie semua anak arnab sudah habis dijual....

Harga setiap seekor anak arnab saya jual cuma rm15.00.

Sunday, December 6, 2009

Lawatan ke arnab farm

Pada hari ini, saya telah pergi melihat sendiri bagaimana keadaan dan situasi penternakan arnab yang sebenar. Untuk melawat ke tapak penternakan akan dikenakan RM5 seorang.

Setelah masuk, terdapat pelbagai haiwan lain yang diternak di tapak penternakan. Diantaranya adalah, Kambing, Kuda, Angsa, kura-kura dan juga arnab sebagai penternakan utama.

Pada mulanya, saya berfikir hanya dua kandang arnab sahaja yang ada. Tetapi setelah berjalan di sekitar kawasan ternakan, didapati terdapat lebih dari 10 buah kandang yang menempatkan arnab-arnab yang diternak. Terdapat banyak yang sedang melahirkan anak.

Memang mengagumkan saya pada ketika itu. Kebanyakan arnab yang diternak adalah baka import daripada Holand, Australia dan banyak lagi.

Yang menariknya, pelawat dapat membawa anak-anak mereka untuk bermain-main dengan arnab yang diternak.

Di antara produk yang dihasilkan adalah :
1) Satay Arnab
2) Daging arnab salai
3) Sosej Arnab
4) Daging Arnab

Harga bagi 1kg arnab adalah RM38.00.

Sekiranya pelawat hendak membeli baka arnab, harganya adalah diantara RM300 ke RM500 sepasang.

Tuesday, November 24, 2009

Kelahiran anak arnab




Pada 11/11/2009 , arnab betina saya telah melahirkan 6 ekor arnab.3 Ekor berwarna putih dan 3 ekor berwarna hitam. Arnab ini baka tempatan.

Saya bercadang untuk menjual anak arnab ini kepada sesiapa yang berminat untuk membelinya dengan harga RM20 seekor. Nak jual 4 ekor sahaja..Coz yang lagi sepasang tue nak buat BAKA...





Thursday, November 19, 2009

Pembelian arnab

Pada 10/11/2009 saya telah membeli sepasang arnab kacukan aggora dengan harga RM50.00.

Umur arnab tersebut adalah 2 Minggu. Yang jantan berwarna Hitam dan yang betina berwarna coklat.

Sementara itu pada 13/11/2009 arnab betina saya telah melahirkan anak sebanyak 7 ekor. Alhamdullillah sampai sekarang anak arnab masih hidup.

Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab