Sunday, December 6, 2009

Lawatan ke arnab farm

Pada hari ini, saya telah pergi melihat sendiri bagaimana keadaan dan situasi penternakan arnab yang sebenar. Untuk melawat ke tapak penternakan akan dikenakan RM5 seorang.

Setelah masuk, terdapat pelbagai haiwan lain yang diternak di tapak penternakan. Diantaranya adalah, Kambing, Kuda, Angsa, kura-kura dan juga arnab sebagai penternakan utama.

Pada mulanya, saya berfikir hanya dua kandang arnab sahaja yang ada. Tetapi setelah berjalan di sekitar kawasan ternakan, didapati terdapat lebih dari 10 buah kandang yang menempatkan arnab-arnab yang diternak. Terdapat banyak yang sedang melahirkan anak.

Memang mengagumkan saya pada ketika itu. Kebanyakan arnab yang diternak adalah baka import daripada Holand, Australia dan banyak lagi.

Yang menariknya, pelawat dapat membawa anak-anak mereka untuk bermain-main dengan arnab yang diternak.

Di antara produk yang dihasilkan adalah :
1) Satay Arnab
2) Daging arnab salai
3) Sosej Arnab
4) Daging Arnab

Harga bagi 1kg arnab adalah RM38.00.

Sekiranya pelawat hendak membeli baka arnab, harganya adalah diantara RM300 ke RM500 sepasang.

3 comments:

Mohd azamil said...

Salam sahabat,,,,
Nak tanya Arnab Farm yang dimaksudkan tu kat area mana. Saya pun masih baru lagi dalam penternakan arnab. arnab1malaysia.blogspot.com

Mecha said...

Tentang Farm arnab tue terletak di Hulu Langat. Jalan nak ke Broga..

Owner dia chines..

iceburn said...

itu ladang east rabbit farm, david wong.

Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab