Pada ketika kita berseronok menyambut hari raya. Tanpa diduga betapa gembiranya si anjing-anjing liar di kawasan perumahan ku ini melapah 2 ekor arnab milik kesayangan aku. Seekor yang menunggu hari untuk melahirkan anak ( Flemish Giant ) telah dilarikan oleh anjing ini pada malam hari raya kedua. Tanpa diduga, seekor lagi satu-satunya arnab penjantan ( Anggora ) telah dilarikan anjing-anjing ini juga. Kini, hanya tinggal kenangan sahaja.
Pada ketika itu, aku tiada di rumah kerana aku pulang ke kampung halaman. Balik sahaja dari kampung dengan harapan untuk melihat anak-anak arnab yang bakal dilahirkan hancur berkecai dan berderai..
Sehingga ke hari ini, aku masih menanti kehadiran anjing-anjing itu. Aku rasa nak tibai jer dengan kayu. Geram-geram..
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
ZA RABBIT FARM (SA0227814-W), No 37 Jalan Resak, Taman Impian Ehsan, 43300 Balakong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Monday, September 13, 2010
Friday, August 20, 2010
Promosi Hari raya
Anak arnab umur 1.5 bulan untuk dijual..
Promosi :
1) Seekor anak arnab baka kampung : RM25 seekor
2) Package : RM 150
- Sepasang anak arnab
- Cage 2'
- Tempat makanan dan minumam
- pallet 3kg
Promosi :
1) Seekor anak arnab baka kampung : RM25 seekor
2) Package : RM 150
- Sepasang anak arnab
- Cage 2'
- Tempat makanan dan minumam
- pallet 3kg
Tuesday, July 20, 2010
Kelahiran yang pertama bagi Induk New Zealand White
Kelahiran yang pertama bagi Induk New Zealand White. Pada hari pertama kelahiran terdapat 3 ekor anak. Tetapi malangnya pada hari kedua, sekor anaknya telah mati akibat lemas dalam takungan air minuman.
Baka : New Zealand White ( Induk ) + Chinchilla ( Penjantan )
Anak : 2 ekor
Tarikh lahir : 17 Julai 2010
Ini Ibu kepada anak-anak tersebut. Telah di asingkan dengan anaknya kerana masih tidak pandai menjaga anaknya. Anak tidak menyusu.
Ini ibu tumpang kepada anak arnab tersebut. Ini adalah induk yang paling tua iaitu berumur 3.5 tahun. Saya bagi jadi ibu tumpang kerana haritu kesemua anak yang dilahirkannya telah mati. Oleh kerana si ibu ini pandai menjaga anak, jadi saya biarkan si ibu ini menjaga anak-anak arnab NZW tersebut.
Baka : New Zealand White ( Induk ) + Chinchilla ( Penjantan )
Anak : 2 ekor
Tarikh lahir : 17 Julai 2010
Ini Ibu kepada anak-anak tersebut. Telah di asingkan dengan anaknya kerana masih tidak pandai menjaga anaknya. Anak tidak menyusu.
Ini ibu tumpang kepada anak arnab tersebut. Ini adalah induk yang paling tua iaitu berumur 3.5 tahun. Saya bagi jadi ibu tumpang kerana haritu kesemua anak yang dilahirkannya telah mati. Oleh kerana si ibu ini pandai menjaga anak, jadi saya biarkan si ibu ini menjaga anak-anak arnab NZW tersebut.
Monday, July 19, 2010
Kelahiran yang pertama
Thursday, July 8, 2010
Sunday, July 4, 2010
Kelahiran yang mengecewakan
Pagi tadi saya pergi tgk samaada arnab pedaging saya telah melahirkan anak. Tetapi alangkah terkejutnya saya apabila saya melihat anak-anak arnab baka flemish giant itu telah mati 2 ekor. Di mana keempat2 kakinya telah dimakan oleh maknya.. Kini tinggal 3 ekor. Tetapi saya begitu sedih apabila ketiga0tiga ekor anaknya itu sama keadaan seperti yang telah mati itu. Di mana keempat-empat kakinya telah kudung... Aduhai... Tak tau nak buat mcm maner.. Entah basih boleh bertahan ataupun tidak untuk ia hidup dengan sihat.
Nukilan yang begitu menyedihkan hati..
Berharap anaknya yang akan datang akan sihat hendaknya..
Amin...
Nukilan yang begitu menyedihkan hati..
Berharap anaknya yang akan datang akan sihat hendaknya..
Amin...
Sunday, June 27, 2010
PENCARIAN
Akhirnya saya telah mendapatkan tapak utk saya kembangkan penternakan arnab ini. Saya bercadang untuk tanam pokok napier, ubi kayu, ubi keledek dan sebagainya. Ini adalah bertujuan utk mengurangkan kos makanan yang semangkin meningkat. Saya juga bercadang utk membuat bangsal bagi menempatkan tahi arnab untuk dijadikan baja kompos. Saya berharap usaha saya ini akan berjaya dengan jayanya.
Lokasi : Beranang , Selangor Darul Ehsan , Malaysia
Keluasan : 1/4 ekar
Kemudahan : 1) Pagar dan Stor sudah tersedia ada
2) Bekalan air sudah ada
3) Berdekatan dengan jalan utama
Perancangan projek akan dilaksanakan dengan secepat mungkin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


