Monday, October 13, 2014

Perkembangan Penternakan Arnab

Rasanya sudah lama tak mengarang dalam Blog ni. Selalu update facebook sahaja www.facebook.com/zarabbitfarm dengan pelbagai aktiviti. Baru hari nie dapat mencuri masa untuk bercerita tentang perkembangan penternakan arnab saya.

Sejak hari raya aidilfitri 2014, stock daging arnab semakin berkurangan. Entah kenapa kebanyakan induk hanya bunting palsu sahaja. Perbagai persepsi atau pandangan yang sering di utarakan antara rakan-rakan ternak. Kini, bekalan daging arnab hanya dapat dari rakan-rakan ternak. Oleh kerana itu, saya sedang berusaha untuk mengumpul seberapa banyak yang mungkin induk daripada sesiapa yang sudah tidak mahu membela arnab. Fokus kepada baka pedaging dan mixed pedaging sahaja.

InsyaAllah tahun depan saya akan menghasilkan Stock Burger Arnab dan Satay Arnab Frozen. Memang kena kerja keras untuk semua tue. Bilangan Induk yang ada perlu di tambah dan induk yang lama perlu mempunyai pelapis yang baru supaya lebih aktif dan produktif.




3 comments:

Anonymous said...

Mungkin arnab kurang iron dan copper. Penting tu. bleh guna garam jilat mcm penternak kambing guna. jenis garam jilat KNZ buatan Holland bleh cuba. kandungan ferum nya tinggi.

Kelinci said...

Bagus kandang arnabnya.

Khairul said...

Arnab saya sudah dimatingkan pada umur 3bulan+.. respon betina positif pada masa tu..melihat dari gaya memberi peluang pada yang jantan.. .selepas 2 minggu cuba dimatingkan kembali..betina bertindak agresif dan mengeluarkan bunyi gruk2.. Apakah kemungkinan mating pertama kalinya sudah berjaya..walaupun umurnya belum masuk usia matang?

Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab