Tuesday, January 12, 2010

Tragedi Malam Isnin

Pada 11/01/2010 jam 3.20am, aku terdengar bunyi salakan anjing. Aku bangun dan melihat keadaan di sekitar rumah aku. Aku dapati terdapat beberapa ekor anjing liar sedang menyerang arnab aku yang berada di dalam reban. Aku terus bergegas turun untuk menghalau anjing tersebut daripada menyerang arnab aku. Di dapati terdapat 5 ekor anjing liar sedang berada di bawah reban aku. Setelah di halau untuk pertama kali, kesemua anjing-anjing itu lari. Dan selepas 30min kemudian anjing-anjing itu datang lagi untuk menyerang.

Kali ini, aku tak biarkan ia. Aku baling kayu ke arah anjing itu, dan tekena salah seekor kepala anjing itu. Lantas dengan serta-merta anjing itu lari lintang pukang. Pada keesokan paginya sebelum pergi kerja, aku melihat anak arnab aku. Didapati jari kaki dua ekor anak arnab aku putus kena gigit dengan anjing. Kesian aku tgk, sampai bengkak kaki dia. Petang tue aku pergi beli minyak gamat untuk disapu pada luka anak arnab.

Geram sangat aku rasa kat anjing-anjing liar tue...

1 comment:

lets said...

Pagi2 buta tadi 8 ekor arnab aku jadi mangsa anjing liar. Kesian aku tengok. Tragedi pagi Rabu (09 February 2011).
Lily,Jibah,Askar,Jina,3 anak Jina.
Abis terbalik sangkar2 arnab. Petang nie aku ade misi mencari anjing tu.

Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab