Setelah beberapa minggu saya mengkaji tentang pasaran arnab nie. Rata-rata penternak kecil-kecilan saya tanya mereka akan menjawab " Sudah habis dibeli dan ditempah ". Ermm setakat nie susah betul nak dapatkan anak arnab dengan harga yang murah. Pantang lambat, habis di kebas orang..
Dari sini, saya dapat simpulkan bahawa trend pasaran arnab pada masa nie begitu berkembang dengan majunya. Tetapi lebih kepada haiwan peliharaan. Namun begitu, terdapat segelintir pihak yang sedang bergiat maju memperkenalkan arnab sebagai pengganti kepada lembu, kambing dan ayam. InsyaAllah dengan mendapat kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan. Pasaran daging arnab nie akan mendapat sambutan yang hangat bukan sahaja di Malaysia, malah di pasaran antarabangsa juga.
Kepada penternak-penternak arnab samaada secara kecil-kecilan ataupun komersial, marilah kita berusaha menggiatkan pasaran arnab di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
1 comment:
Insya 4JJ1 akan maju...hati bersih, niat bersih, daging arnab bersih, rezeki pun bersih....
Post a Comment