Monday, October 13, 2014

Perkembangan Penternakan Arnab

Rasanya sudah lama tak mengarang dalam Blog ni. Selalu update facebook sahaja www.facebook.com/zarabbitfarm dengan pelbagai aktiviti. Baru hari nie dapat mencuri masa untuk bercerita tentang perkembangan penternakan arnab saya.

Sejak hari raya aidilfitri 2014, stock daging arnab semakin berkurangan. Entah kenapa kebanyakan induk hanya bunting palsu sahaja. Perbagai persepsi atau pandangan yang sering di utarakan antara rakan-rakan ternak. Kini, bekalan daging arnab hanya dapat dari rakan-rakan ternak. Oleh kerana itu, saya sedang berusaha untuk mengumpul seberapa banyak yang mungkin induk daripada sesiapa yang sudah tidak mahu membela arnab. Fokus kepada baka pedaging dan mixed pedaging sahaja.

InsyaAllah tahun depan saya akan menghasilkan Stock Burger Arnab dan Satay Arnab Frozen. Memang kena kerja keras untuk semua tue. Bilangan Induk yang ada perlu di tambah dan induk yang lama perlu mempunyai pelapis yang baru supaya lebih aktif dan produktif.




Tuesday, July 8, 2014

Promosi Hari Raya 2014

Sempena bulan ramadhan al-mubarak ini, saya ingin menawarkan juadah berbuka puasa arnab panggang dengan harga yang berpatutan. Kepada mereka yang berminat boleh lah menghubungi saya untuk tempahan. 

HARGA PROMOSI : 1 EKOR DENGAN HARGA RM45 (BERAT ANTARA 900GRAM TO 1.1KG )

Anda boleh Like Page saya https://www.facebook.com/ZArabbitfarm

Friday, May 16, 2014

Burger Arnab

Kepada sesiapa yang ingin membeli burger arnab bolehlah menghubungi rakan-rakan niaga seperti yang disenaraikan :-

1) Din : 019-6263686
    Lokasi : Balakong, Selangor
2) Guna : 010-249 0696
    Lokasi : Kapar, Klang, Selangor.
3) Mahathir : 017-370 9016
    Lokasi : Bangi, Selangor
4) Anuar : 016-384 4252
    Lokasi : Nilai, Negeri Sembilan
5) Ehsan : 013-413 6216
    Lokasi : UPM, Serdang, Selangor

Anda Juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut.

E-mail : zarabbitfarm1@gmail.com
Whatshup : 012-6075703

Tuesday, March 18, 2014

Update March, 2014

Rasanya dah lama tak update blog nie.. Hari nie baru berkesempatan untuk buka blog. Alhamdullillah, minggu lepas siap juga pemasangan sangkar 3 tingkat dengan 24 sel untuk setiap arnab.. Kini arnab sahaja sudah mencecah hampir 100ekor induk dan juga anak. Bulan Februari 2014 hari tue dah borong hampir 34 ekor induk kat Nilai, Negeri Sembilan. Habis gak duit hampir RM2000.

Setiap ekor induk telah ditempatkan di Meru, Klang. Kini di Meru sudah terdapat 96 ekor induk. Target tahun nie nak dapatkan induk sehingga 300 ekor..Tgklah pada keadaan macam maner.. Bekalan daging arnab juga tak dapat memenuhi permintaan pelanggan yang ada.

Start bulan April 2014 nie, nak buat daging Burger Arnab dan simpan stock 100 keping. Berat satu keping 80gram..InsyaAllah kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar bolehlah hubungi untuk maklumat lanjut.

Wednesday, February 12, 2014

Tiada Bekalan Air

Semenjak 11Februari 2014, bekalan air paip dari SYABAS di taman impian ehsan, balakong tidak dapat dibekalkan. Di jangka sehingga 14 Februari 2014 baru dapat bekalan air paip.Sekarang bukan hanya kita sebagai manusia memerukan air untuk aktiviti harian, namun ternakan arnab saya juga memerlukan air untuk minum. Kini mereka juga terpaksa menunggu catuan air.

Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab