Monday, October 13, 2014

Perkembangan Penternakan Arnab

Rasanya sudah lama tak mengarang dalam Blog ni. Selalu update facebook sahaja www.facebook.com/zarabbitfarm dengan pelbagai aktiviti. Baru hari nie dapat mencuri masa untuk bercerita tentang perkembangan penternakan arnab saya.

Sejak hari raya aidilfitri 2014, stock daging arnab semakin berkurangan. Entah kenapa kebanyakan induk hanya bunting palsu sahaja. Perbagai persepsi atau pandangan yang sering di utarakan antara rakan-rakan ternak. Kini, bekalan daging arnab hanya dapat dari rakan-rakan ternak. Oleh kerana itu, saya sedang berusaha untuk mengumpul seberapa banyak yang mungkin induk daripada sesiapa yang sudah tidak mahu membela arnab. Fokus kepada baka pedaging dan mixed pedaging sahaja.

InsyaAllah tahun depan saya akan menghasilkan Stock Burger Arnab dan Satay Arnab Frozen. Memang kena kerja keras untuk semua tue. Bilangan Induk yang ada perlu di tambah dan induk yang lama perlu mempunyai pelapis yang baru supaya lebih aktif dan produktif.




Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab