Saturday, April 23, 2016

New Label Burger ARNAB

Burger Arnab

Terdapat dua size bungkusan iaitu :-

1) 5 keping
2) 10 keping

Setiap keping mempunyai berat 65 gram.

Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Sangat digalakkan kepada mereka yang hendak menjadi pengedar.

Hubungi kami di www.facebook.com/zarabbitfarm

012-6075703 (zul)

Friday, April 15, 2016

Perkembangan dan Permasalahan

Alhamdullillah berjumpa lagi kita di laman blog rabbits worlds ini. Hari ini (16 April 2016) jam (11:23am), saya ingin berkongsikan perkembangan dan permasalahan yang berlaku di ZA Rabbit Farm.

Perkembangan :-

- Pada bulan lepas iaitu pada Mac 2016, kami telah memberikan sumbangan anak2 arnab dari baka standard rex, Netherand Dwaft, New Zealand White dan arnab kacukan kepada ZOO NEGARA MALAYSIA yang terletak di Hulu Kelang, Selangor.

- Alhamdullilah, arnab-arnab ini mendapat penjagaan yang rapi oleh pihak ZOO NEGARA MALAYSIA.

- Kepada mereka yang ingin melawat, melihat dan bermain dengan arnab-arnab ini bolehlah mengunjungi ZOO NEGARA MALAYSIA bersama anak-anak. Selain dapat mengenali PANDA, anda juga boleh mengenali arnab-arnab yang terdapat di sana.

- Kini, ZA RABBIT FARM masih lagi bernafas dalam dunia penternakan arnab ini. Cuma kami tidak berapa aktif kerana kekangan masa dan kekangan warga kerja.

- Namun demikian, kami masih lagi berusaha untuk mengeluarkan produk berasaskan daging arnab dan berusaha untuk memperkenalkan khasiat yang terdapat di dalam daging arnab.

Permasalahan yang dihadapi:-

- Setiap perniagaan dan kerjaya terdapat masalah dan halangan samaada kecil ataupun besar.

- Masalah yang kami hadapi adalah kekangan masa untuk mempromosikan produk kami kepada orang ramai. Tetapi kami hanya fokus pada pemasaran internet sahaja.

- Kos pemakanan arnab yang semakin meningkat yang terpaksa kami tanggung.

- Masalah kesihatan arnab yang kurang kerana cuaca panas.

- Masalah kadar pertumbuhan arnab yang lambat juga adalah salah satu faktor penyebab kos makanan meningkat.

Walaubagaimanapun, kami tetap akan teruskan usaha ini supaya produk berasaskan daging arnab ini akan menjadi salah satu alternatif makanan kepada manusia di muka bumi ini. Kami yakin bahawa satu hari nanti permintaan daging arnab akan lebih mendapat tempat dihati masyarakat di Malaysia ini. Bukan hanya pada marinated produk tetapi pada keseluruhan produk yang berasaskan daging arnab seperti sosej, bologna, burger, nugget, bebola, pati kiub dan juga sebagai alternatif kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Selain hasil dagingnya, Najis arnab juga akan menjadi satu produk penyuburan tanah dan pokok yang paling berguna di masa akan datang. InsyaALLAH.

Petua Memilih Arnab

Petua Memilih Arnab